Friday, July 31, 2009

Bacaan Yasin dan Tazkirah Setiap Pagi Jumaat



Mulai Julai 2009, THP mengadakan majlis bacaan surah Yasin dan Tazkirah pada setiap hari Jumaat mulai jam 8.30 pagi.

Pada hari ini, majlis bacaan Yasin telah diketuai oleh Ustaz Ahmad dari Lembaga Tabung Haji, dan seterusnya beliau turut menyampaikan tazkirah mengenai puasa bulan Ramadhan.

Banyak perkara yang disentuh oleh Ustaz Ahmad mengenai puasa ini. Semoga setiap kita yang hadir dapat mengambil manfaaf daripadanya.....Insya Allah.

Thursday, July 30, 2009

Selamat Hari Jadi Haji Ariff Dan Ir. Haji Ramli



SELAMAT HARI JADI diucapkan kepada Penasihat Penanaman, Tuan Haji Ariff yang menyambut hari jadinya pada 15 Julai lalu (umur dirahsiakan....hehe) dan kepada Ir. Ramli yang menyambut hari jadinya pada 12 Julai lalu...(umur pun rahsia juga....nak tau kena tanya dia sendiri).

Sempena hari jadi mereka satu jamuan telah diadakan pada 29 Julai 2009 di pantry tingkat 28.

Semoga panjang umur dan murah rezeki diucapkan kepada mereka berdua.

Tuesday, July 28, 2009

SELAMAT BERSARA DRO, TAHNIAH ZAZA!


Sebagaimana yang kita sama-sama telah maklum, Pengarah Urusan kita, YBhg. Dato' Rashidi bin Omar telah bersara mulai 31 Jun 2009 lalu, dan tempat beliau diambilalih Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin dengan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mulai 1 Julai 2009.

Selamat bersara diucapkan kepada YBhg. Dato' dan tahniah kepada Tuan Haji Zainal.

Blog Santai Untuk Warga THP

Assalamualaikum semua warga THP

Blog ini diwujudkan sebagai satu wadah komunikasi dalaman untuk semua warga THP. Blog ini akan menyiarkan berita-berita ringkas dan terkini mengenai aktiviti, anggota, dan sebagainya dan juga gambar-gambar dan video.

Blog ini bukan sebagai ganti kepada BULETIN THP yang disiarkan secara bercetak, tetapi merupakan satu lagi saluran komunikasi yang diwujudkan oleh Bahagian Perkhidmatan Korporat untuk anda semua.

Selamat melayari LAMAN THP ON-LINE BLOGSPOT.

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com