Tuesday, August 25, 2009

Haji Hassan Rasmi "Pintas Pintar" di SK Bukit Rokan Utara




Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri bin Mohamed telah merasmikan program "Pintas Pintar" di SK Bukit Rokan Utara pada 24 Ogos 2009. Program yang ditaja oleh TH Plantations Berhad ini adalah khusus untuk pelajar-pelajar tahun 6 sekolah tersebut yang sedang dalam persiapan menduduki peperiksaan UPSR.

Berita lanjut akan disiarkan dalam BULETIN THP keluaran Julai-Ogos nanti.

Sambutan Hari Pekerja Ladang Bukit Rokan di PD

Sempena sambutan Hari Pekerja, pengurusan Ladang Bukit Rokan telah mengadakan Hari Pekerja Bukit Rokan pada 6 Jun 2009 lalu bertempat di pantai peranginan Port Dickson.
Seramai 113 orang termasuk pengurusan, staf dan para pekerja ladang telah turut bersama berangkat ke PD dengan menggunakan 3 buah bas yang disediakan oleh syarikat. Syarikat turut juga membiayai makan minum sepanjang majlis tersebut.
Berbagai acara diadakan pada hari tersebut termasuk acara sukaneka seperti tarik tali dan bowling kelapa. Tahniah kepada Ladang Bukit Rokan kerana menganjurkan sambutan tersebut.

Sunday, August 23, 2009

Empat Langkah Tingkatkan OER - Haji Hassan Fikri



Bagi meningkatkan nisbah kadar perahan minyak (OER), empat langkah disaran supaya diambil perhatian serious. Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri berkata lima langkah tersebut ialah:

  • Hanya menuai tandan yang telah gugur lima biji dan lebih
  • Hanya menuai buah yang cukup masak (berwarna oren)
  • Tangkai hendaklah dipotong pendek (V shape)
  • Buah relai hendaklah dipungut, dibersihkan dan dihantar ke kilang dalam tempoh 24 jam.

Haji Hassan menjelaskan perkara tersebut ketika menyampaikan taklimat kepada Pengurus, penolong pengurus dan konduktor ladang-ladang di Kompleks Kota Bahagia, Pahang pada 18 dan 19 Ogos lalu. Turut serta ialah Ketua Jurutera, Haji Marzuki Abd. Rahman.

Beliau turut menjelaskan bahawa syarikat telah menetapkan kadar OER yang perlu dicapai oleh ladang-ladang di sini iaitu Ladang Kota Bahagia, Ladang Sungai Buan, Ladang Sungai Mengah dan Ladang Sungai Merchong ialah sebanyak 22%.

Haji Hassan dan Haji Marzuki turut masuk ke ladang-ladang dan kilang bagi memantau kerja-kerja tersebut.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Diucapkan selamat berpuasa Ramadhan kepada semua warga THPB. Semoga kedatangan bulam Ramadhan al-Mubarak akan membawa keberkatan kepada amal ibadat dan hidup kita.

Thursday, August 13, 2009

Slide Majlis Persaraan Hj Mohamad

Selamat Bersara Haji Mohamad


Pada hari ini, 13 Ogos 2009, telah diadakan majlis perpisahan sempena persaraan Assistant General Manager (Marketing) PTTHIP, Haji Mohamad bin Abd. Karim, yang akan genap berumur 55 tahun pada 15 Ogos 2009 nanti.

Haji Mohamad memulakan karier di TH Plantations Bhd. pada 16 Ogos 2000 apabila dilantik sebagai Pengurus Pemasaran di IbuPejabat. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Pemasaran PTMGI, sebelum kembali semula ke Ibu Pejabat untuk menjawat jawatan Pengurus Pemasaran (Luar Negara).

Seterusnya pada 1 September 2006 dilantik pula sebagai Assistant General Manager (Marketing) di PT Synergy Oil Nusantara, Batam. Pada 1 Mei 2008 kembali semula ke PTMGI yang kini dikenali dengan nama PTTHIP, sehinggalah bersara secara rasmi pada 15 Ogos 2009.

Kepada Tuan Haji Mohamad diucapkan selamat bersara, semoga bahagia selalu dan mendapat kejayaan dalam apa juga lapangan yang diceburi nanti.

Panduan Berguna Untuk H1N1

Berikut email yang saya terima daripada seorang sahabat.
Saya siarkan sepenuhnya tanpa edit atau terjemahkan email dalam Bahasa Inggeris ini:



TO ALL FREINDS


JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

His mom practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she does not have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and he was out of the fever yesterday Wednesday... .she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, No harm in trying and anything can happen!!!!

Tuesday, August 11, 2009

KPE Dalam Program Tijarah Ramadhan TV 1

Sempena bulan Ramadhan nanti, RTM akan menayangkan program Tijarah Ramadhan pada jam 6.30 petang setiap hari. Antara segmen yang akan dipaparkan nanti adalah berkaitan program tanggungjawab sosial PTTHIP di ladang Riau, Indonesia.

Pada 11 Ogos 2009, telah berlangsung rakaman temubual dengan KPE, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin di Studio MEP, Putrajaya, yang merupakan salah satu slot untuk segmen ini.

Nantikanlah tayangannya di RTM TV 1 ....

Monday, August 10, 2009

Sudah 26 Kematian Akibat H1N1 - Peringatan Untuk Kita Semua

Lapan lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 26 di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tujuh kematian melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan sesetengahnya dilaporkan lewat berikutan bedah siasat untuk kajian dan pengesahan punca kematian.

Beliau berkata, satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos," katanya kepada pemberita pada majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di sini hari ini.

Liow berkata, dua daripada kes itu adalah dari Sabah.

Katanya, yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.

Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja.

Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.

Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.

Liow berkata, pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan.

"Setakat ini di Sabah, kes H1N1 yang disahkan ialah 402 kes, dua kematian, tujuh sedang dirawat di hospital di mana seorang dalam ICU, dan tujuh lagi kes ILI, sementara menunggu pengesahan," katanya dan menurutnya, terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi tidak mempunyai butirannya.

Liow berkata, 35 buah sekolah telah ditutup di Sabah akibat wabak H1N1.

RAKYAT TEMPATAN

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sejumlah 202 kes baru H1N1 yang melibatkan jangkitan tempatan dilaporkan hari ini. Kesemua mereka adalah rakyat tempatan, katanya dalam satu kenyataan.

Dr. Mohd Ismail berkata, dengan ini jumlah terkumpul kes H1N1 di Malaysia ialah 1,780 kes.

Beliau turut meminta orang ramai supaya serius mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan iaitu mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi perlu mendapatkan rawatan segera.

Mereka dalam kategori berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, warga tua berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, berpenyakit asma, paruparu kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovascular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, diabetes, obes dan mempunyai daya ketahanan badan yang rendah.

Kumpulan ini akan diberikan rawatan antiviral tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal, dan ianya sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

Dr. Mohd Ismail berkata, maklumat lanjut mengenai H1N1 boleh didapati melalui hotline yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 atau melayari laman web kementerian di http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. BERNAMA

Friday, August 7, 2009

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan ( 10 - 16 org )
1 ekor ayam (potong 16)
1 biji telur
1 sudu biji ketumbar }
1/2 jintan manis }
1/2 sudu jintan putih }
1/2 sudu lada hitam } dikisar
2 sudu rempah kari daging
3 - 4 sudu tepung beras
3 tangkai daun kari
serbuk kunyit & garam secukup rasa
Cara-cara
masukkan kesemua bahan-bahan. gaul rata. perap selama lebih kurang 2 - 3 jam. (tak perap lama pun tak pe). lepas itu goreng sehingga kekuningan.

Wednesday, August 5, 2009

"You Raise Me Up" by ZAZA



Tontonilah klip video KPE menyampaikan lagu khas untuk Dato' Rashidi semasa majlis perpisahan yang diadakan untuk beliau pada 30 Jun 2009 lalu.

Tuesday, August 4, 2009

Sila Langgan Laman THP On-line

Bagi mendapatkan up-date posting Laman THP On-Line terus ke emel anda, sila isi Subscribe via email di sebelah kiri blog ini.

Isi alamat emel anda dan klik subscribe....begitu mudah, dan anda akan menerima posting baru terus ke emel anda.... Bagi yang telah melanggan sebelum ini sila isi semula kerana sebelum ini ada masalah teknikal dan langganan anda telah tidak diterima.

Sabri Dirawat Di Hospital Sungai Buluh

Kerani di Bahagian Perkhidmatan Korporat, Norsabri bin Hj Abd Karim telah menjalani pembedahan di bahagian hidung dan kini berada di Hospital Sungai Buluh. Menurut maklumat, beliau terpaksa menjalani pembedahan tersebut di Hospital Sungai Buluh kerana PUSRAWI dan Tawakkal penuh..... maklumat lanjut boleh bertanya dengan Salwa Darus.

Sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh....

Bahagian Kejuruteraan Distruktur Semula

Sebagai salah satu strategi memastikan pencapaian OER Kumpulan melebihi 20.5%, pihak pengurusan memutuskan bahawa berkuatkuasa 1 Ogos 2009, Bahagian Kejuruteraan Dalam Negara dan Bahagian Kejuruteraan Luar Negara disatukan dan dikenali dengan Bahagian Kejuruteraan, diletakkan di bawah Ketua Operasi Dalam Negara.

Pegawai-pegawai yang terlibat dalam penstrukturan semula ini adalah:

Marzuki Abd. Rahman - Dilantik sebagai Ketua Jurutera, bertanggungjawab ke atas semua operasi kilang dan infrastruktur di dalam dan di luar negara. Di dalam negara melapor kepada Ketua Operasi Dalam Negara, untuk operasi luar negara melapor kepada Ketua Operasi Luar Negara/Wakil DIRUT

Ir. Ramli Mohd Tahar - Dilantik sebagai Penasihat Kilang, bertanggungjawab membuat lawatan dan memberi khidmat nasihat kepada semua kilang di dalam negara dan luar negara. Beliau melapor kepada Ketua Jurutera.

Kamar Jamian - Dilantik sebagai Jurutera Projek. Mengendalikan semua projek kilang baru syarikat.

Zaidi Md Zin - Dilantik sebagai Jurutera Awam dan ditempatkan di Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Tugas beliau meliputi kerja-kerja kejuruteraan awam di dalam dan di luar negara.

Monday, August 3, 2009

Resepi Bulan Puasa

Yang ini tak kena mengenai dengan THP....posting kali ni adalah resepi untuk juadah berbuka puasa nanti. Kalau sesiapa yang ingin mencuba silakanlah....tapi kalau tak menjadi jangan marah haaaaaa......

Resipi Hari Ini - Mee Rebus Asli

Bahan-bahan A:
Keledek putih 1-2 kilo direbus dan dikisar halus
Udang kering 300 grm
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
4 sudu besar serbuk Ketumbar
2 sudu besar serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cili blender agak2 dalam 2 senduk
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih
Gula/garam secukup rasa
Air agak2..kuahnya kena sedang2 pekatnya.

Bahan-bahan B:
Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik
Cili hijau dihiris bulat2
Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur
Taugeh dicelur- jgn sampai layu
Bawang goreng - buat sendiri lagi sodap..
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur Rebus

Cara-cara memasak kuah:
1. Kisar halus keledek + air.
2. Kisar halus udang kering + B. Merah + B. putih.
3. Tumis kulit kayu manis/cengkih/ b.lawang, masukkan udang kering yg dikisar + bawang tadi sampai garing.
4. Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi.
5. Masukkan cili blender, sampai garing.
6. Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati.
7. Masukkan air.
8. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa .

Cara menghidang:
Ambil mee yg dicelur tadi, masukkan kuah, taburkan daun bawang, cili hijau, bawang goreng, taugeh, tauhu & telur

Sekian, selamat mencuba ....kalau sesiapa ada resepi yang ingin dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain silalah kirimkan kepada saya....

Perlantikan Anggota THP Baru

Sepanjang bulan Januari hingga Julai 2009 seramai 51 orang anggota baru telah dilantik menjawat pelbagai jawatan di THP.

Senarai nama-nama anggota baru tersebut boleh di lihat di sini:

SENARAI ANGGOTA BARU SILA KLIK DI SINI

Kenaikan Pangkat

Sepanjang bulan Januari hingga Julai yang lalu, seramai 16 orang pegawai dan angota THP telah dinaikkan pangkat masing-masing. Mengetuai senarai adalaH TUAN HAJI ZAINAL AZWAR BIN ZAINAL AMINUDDIN, yang diamanahkan memimpin THP mulai 1 Julai lalu bagi menggantikan YBhg. Dato' Rashidi bin Omar yang bersara mulai 31 Jun 2009. Tuan Haji Zainal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE).

Lain-lain kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

Othman bin Somadi
Pengurus Besar Pemasaran, mulai 1 Januari 2009

Rosnita binti Kamal Din
Pengurus (Perkhidmatan Korporat), mulai 1 Januari 2009

Roslinda binti Shuaib @ Ismail
Penolong Pengurus (IT), mulai 1 Januari 2009

Jamaluddin b Hanafiah
Pengurus Kanan (Audit,) mulai 1 Januari 2009

Mat Fauzi b Yaakob
Penolong Pengurus Rendah Ladang Mamahat, mulai 1 Januari 2009

Jalaluddin b Shukri
Penolong Pengurus Kanan Ladang Tg. Lilin, mulai 1 Januari 2009

Mustaming b Abu
Penolong Pengurus Kanan Ladang Sg. Merchong, mulai 1 Januari 2009

Syed Nidzamuddin b Syed Nordin
Penolong Pengurus Rendah Stesen R&D Pusa, mulai 15 Januari 2009

Nor Hasrin b Musa
Pengurus Ladang Bukit Belian, mulai 1 April 2009

Girman b Hj Sirah
Pengurus Ladang Semarang, mulai 1 Jun 2009

Kurdus b Tam
Penolong Pengurus Kanan (Akaun) Pejabat Operasi Sarawak mulai 15 Julai 2009

Kamaruddin b Hashim
Penolong Pengurus Rendah (Akaun) Kompleks Kota Bahagia dan ditempatkan di Ladang Kota Bahagia, mulai 15 Julai 2009

Khaifullizan b Khalid
Penolong Pengurus Rendah (Akaun) Kompleks Sandakan dan ditempatkan di Ladang Mamahat, mulai 15 Julai 2009

Azman b Mokhtar
Penolong Pengurus Rendah (Akaun) Pejabat Operasi Sarawak mulai 15 Julai 2009

Salmi b Hassanuddin
Penolong Pengurus Rendah (Akaun) Kompleks Terengganu dan ditempatkan di Ladang Ulu Chukai mulai 15 Julai 2009

Selamat Pengantin Baru

SELAMAT PENGANTIN BARU, HINGGA KEKAL KE ANAK CUCU ..... diucapkan kepada dua orang anggota yang beru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

KAMARUL LIYANA BT KAMARUDIN, Pembantu Peribadi di Ibu Pejabat telah melangsungkan perkahwinan dengan MUSAMSUHAIDI B IBRAHIM, pada 7 Jun 2009.

MOHD FAHMY B HJ MAHMUD, Penolong Pengurus Percubaan, Ladang Semarang, Pusa, Sarawak telah melangsungkan perkahwinan dengan IDA SUSILAWATI BT MASDUKI, pada 20 Jun 2009.

Diharap mereka berdua dapat mengirimkan gambar majlis perkahwinan untuk disiarkan di blog ini untuk tatapan rakan-rakan.

Saturday, August 1, 2009

Buletin THP format pdf (e-Buletin THP)

Tuan/puan boleh mendapatkan salinan Buletin THP dalam format pdf dengan cara muat turun dari blog ini.

Bagi Buletin keluaran terdahulu, boleh didapati di tab "Arkib Buletin" sementara Buletin keluaran terbaru boleh didapati di sidebar sebelah kiri blog ini.

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com