Wednesday, October 28, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat Pengantin Baru diucapakn kepada ZULKHAIRI BIN ZAINUDDIN dan pasangannya NIK AMELIA BT NIK MUSTAPHA yang telah melangsungkan perkahwinan pada 17 Oktober 2009 di Kampong Bukit Besar, Kuala Terengganu.


Majlis Walimatul Urus pihak pengantin lelaki akan diadakan pada 31 Oktober 2009 di Taman Shahbandar, Raub, Pahang.

Ada yang mencadangkan kita berkonvoi untuk ke majlis tersebut. Walau bagaimanapun saya tak dapat menghadirkan diri kerana bertugas dalam operasi haji di Kelana Jaya pada tarikh tersebut. Kepada rakan-rakan yang pergi diharapkan dapat snap gambar banyak-banyak untuk dimuatkan ke blog ini.

Sekali lagi diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU semoga kekal ke anak cucu ......

Wednesday, October 14, 2009

Bahaya menanti di pejabat k'jaan: DOSH

Persekitaran pejabat kerajaan boleh mendedahkan pejawat awam kepada bahaya seperti penggunaan bahan kimia serta kesan biologi dan fizikal, kata Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Mohtar Musri.

Katanya sepanjang tahun lepas, 33 kes telah dilaporkan kepada DOSH melibatkan penyakit paru-paru, jangkitan kuman, alahan pada kulit dan kehilangan pendengaran.

"DOSH percaya masih banyak kemalangan dan masalah kesihatan di tempat kerja yang tidak dilaporkan dan ini memerlukan kesedaran terhadap penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam di Kota Bharu hari ini.

Mohtar berkata DOSH turut mengesan terdapat pejabat kerajaan yang tidak memastikan spesifikasi sistem pencahayaan yang betul sehingga menyebabkan ada pekerja yang mengalami masalah penglihatan.

"Sistem cahaya yang betul di pejabat adalah sekurang-kurangnya sebanyak 300 lux manakala sistem pendingin hawa antara 20 ke 25 darjah Celcius yang jika tidak dipatuhi boleh mempengaruhi kesan kesihatan terhadap pekerja," katanya.

Beliau berkata antara bahaya lain adalah seperti penggunaan bahan kimia pada mesin fotostat dan habuk di pejabat.

"Kakitangan awam yang terpaksa bertugas di lapangan seperti anggota polis dan bomba juga boleh terdedah kepada kemungkinan kecederaan dan kesihatan dan DOSH meminta mereka berhati-hati ketika berada di lapangan itu.

"Kami juga ada menerima aduan oleh kakitangan yang mengadu di tempat kerjanya terlalu bising dan terdedah kepada habuk, dan masalah itu telah diatasi oleh DOSH dan majikan terbabit," katanya.

Mohtar meminta penjawat awam yang khuatir mereka terdedah kepada bahaya supaya berbincang dengan majikan agar masalah itu dapat diatasi segera.

Beliau juga berkata bahawa tahun lepas kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM1.8 juta kepada penjawat awam yang telah disahkan mengalami masalah kesihatan ketika bekerja. BERNAMA

Monday, October 12, 2009

The Power of Good Teamwork


Friday, October 9, 2009

JAMUAN HARI RAYA THP MERIAH



Majlis sambutan Hari Raya Idil Fitri THP 2009 yang diadakan pada hari Selasa, 6 Oktober 2009 lalu berlangsung dalam suasana meriah dan muhibah.


Majlis yang diadakan di Hotel Best Western Premier Seri Pacific, KL turut diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej. Gen. (B) Datuk Jamil Khair Baharom, dif-dif kehormat yang lain, pegawai dan anggota Lembaga Tabung Haji, THP, dan jemputan lain yang dianggarkan seramai kira-kira 800 orang.

Untuk melihat gambar-gambar yang dirakamkan pada hari tersebut sila klik di JAMUAN RAYA 2009 di atas.

MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS THP




Pada 5 Oktober 2009 lalu telah berlangsung mesyuarat pengurus-pengurus THP di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar Zainal Aminuddin telah dihadiri Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Truerich Sdn Bhd/Presiden Direktur PT TH Felda Nusantara Tuah Haji Mhamod Mokhtar, Pengurus Besar Kanan (Kewangan) Encik Azman Shah Ishak, pengurus-pengurus besar, serta semua pengurus Ibu Pejabat, ladang dan kilang dari seluruh negara termasuk dari PTTHIP Riau Indonesia.

Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan ini memberi penekanan terhadap pencapaian sasaran "crop" dan OER yang ditetapkan untuk ladang dan kilang.

KPE turut menekankan setiap pengurus ladang mesti hadir "master" pada setiap pagi dan seterusnya masuk ke kawasan ladang. Mereka berada di pejabat hanya selepas waktu makan tengahari.

Beliau turut menekankan produktiviti ladang dan kilang serta proses penjimatan di mana yang boleh dilakukan.

Thursday, October 8, 2009

Tuan Syed Ali dan Khuzae Masuk Wad

Berita yang baru saya terima, Tuan Syed Ali bin Syed Idros dan Encik Mohd Khuzae bin Hassan telah dimasukkan ke wad.


Tuan Syed dimasukkan ke wad di Hospital Tawakkal kerana disyaki demam denggi sementara Khuzae dimasukkan ke Pusrawi kerana disyaki demam denggi dan jangkitan paru-paru.

Sama-samalah kita mendoakan supaya mereka berdua cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Amin......

Jamuan Hari Raya Tingkat 28


Sempena sambutan Hari Raya Idul Fitri 2009, pada 5 Oktober lalu, pegawai dan anggota yang bertugas di tingkat 28, Bangunan TH Selborn, telah menganjurkan jamuan Hari Raya.


Majlis berlangsung dalam suasana meriah. Berbagai juadah yang enak-enak telah disajikan. Tahniah kepada semua yang terlibat menganjurkan majlis ini. Tahun depan buat lagi.....

Untuk melihat gambar-gambar suasana majlis tersebut SILA KLIK DI SINI


Raden Ke Sarawak, Haji Mhamod "In-Charge" Kalimantan





Mulai 1 Oktober 2009, Pengurus Besar (Penasihat Penanaman) Encik Raden Rosli bin Raden Suhadi dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar Kanan (Operasi) Sabah & Sarawak menggantikan Tuan Haji Mhamod bin Mokhtar yang kini diamanahkan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Truerich Sdn. Bhd. dan Presiden Direktur PT TH FELDA Nusantara yang bertanggungjawab terhadap projek perladangan di Kalimantan, Indonesia.

Satu majlis telah diadakan pada 29 September lalu bagi meraikan kedua-dua pegawai kanan ini yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut, Tuan Haji Zainal menyifatkan kenaikan pangkat mereka berdua adalah merupakan anugerah dan pengiktirafan syarikat kepada pegawai-pegawainya. Menurut beliau, pegawai dan anggota yang menunjukkan kecemerlangan pasti akan diberi ganjaran yang sewajarnya.

Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada Encik Raden yang bakal terbang ke Sarawak dalam sedikit hari lagi.

Syabas dan tahniah kepada Pak Raden dan Haji Mhamood!

Thursday, October 1, 2009

GEGARAN GEMPA BUMI TURUT DIRASAI DI PEJABAT THP

Kesan gegaran gempa bumi yang melanda beberapa kawasan di Sumatera turut dirasai warga kota di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, terutamanya penghuni bangunan-bangunan pencakar langit.

Tidak ketinggalan, warga THP yang masih berada di pejabat masing-masing sekitar jam 6.15 petang semalam turut bergegas meningalkan pejabat dan bangunan TH Selborn apabila gegaran yang agak kuat mulai terasa sekitar jam 6.15 petang semalam. Antara yang kelihatan bergegas pulang ialah Encik Azman Shah, Kapt. Fadzil, Puan Ros dan lain-lain lagi yang saya tak dapat cam kerana saya juga bertempiaran nak lari selamatkan diri.....! 

Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

Sementara itu, Jakarta Post melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 5:17 petang tetapi tidak mengakibatkan berlaku sebarang tsunami.

Di Medan, ratusan penduduk keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana bimbang berlaku keruntuhan bangunan ekoran gegaran yang kuat itu.

Manakala Kompas.com pula melaporkan warga Kota Jambi dan sekitarnya juga merasakan goncangan gempa yang berpusat di Pariaman, Sumbar, itu.

Gegaran itu menyebabkan warga Kota Jambi berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri. 

Setakat ini belum ada maklumat mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu yang turut dirasai di kabupaten di Jambi, Bengkulu, dan Aceh.

Sementara itu, Bernama melaporkan, seramai 330 pelajar Malaysia di Padang, umatera dilaporkan selamat selepas kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran andar itu, demikian disahkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Dr Junaidi Abu Bakar berkata 80 peratus daripada pelajar telah berkumpul di lapangan kampus perubatan Universiti Andalas ehingga jam 6.30 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berskala 7.7 Richter
berlaku di selatan Sumatera pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Sementara itu, Pusat Tsunami Pasifik telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi itu.

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com