Thursday, October 8, 2009

Raden Ke Sarawak, Haji Mhamod "In-Charge" Kalimantan





Mulai 1 Oktober 2009, Pengurus Besar (Penasihat Penanaman) Encik Raden Rosli bin Raden Suhadi dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar Kanan (Operasi) Sabah & Sarawak menggantikan Tuan Haji Mhamod bin Mokhtar yang kini diamanahkan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Truerich Sdn. Bhd. dan Presiden Direktur PT TH FELDA Nusantara yang bertanggungjawab terhadap projek perladangan di Kalimantan, Indonesia.

Satu majlis telah diadakan pada 29 September lalu bagi meraikan kedua-dua pegawai kanan ini yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut, Tuan Haji Zainal menyifatkan kenaikan pangkat mereka berdua adalah merupakan anugerah dan pengiktirafan syarikat kepada pegawai-pegawainya. Menurut beliau, pegawai dan anggota yang menunjukkan kecemerlangan pasti akan diberi ganjaran yang sewajarnya.

Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada Encik Raden yang bakal terbang ke Sarawak dalam sedikit hari lagi.

Syabas dan tahniah kepada Pak Raden dan Haji Mhamood!

2 comments:

Anonymous said...

Truerich

Anonymous said...

tiada jemputan

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com