Thursday, October 1, 2009

GEGARAN GEMPA BUMI TURUT DIRASAI DI PEJABAT THP

Kesan gegaran gempa bumi yang melanda beberapa kawasan di Sumatera turut dirasai warga kota di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, terutamanya penghuni bangunan-bangunan pencakar langit.

Tidak ketinggalan, warga THP yang masih berada di pejabat masing-masing sekitar jam 6.15 petang semalam turut bergegas meningalkan pejabat dan bangunan TH Selborn apabila gegaran yang agak kuat mulai terasa sekitar jam 6.15 petang semalam. Antara yang kelihatan bergegas pulang ialah Encik Azman Shah, Kapt. Fadzil, Puan Ros dan lain-lain lagi yang saya tak dapat cam kerana saya juga bertempiaran nak lari selamatkan diri.....! 

Gempa bumi berskala 7.7 Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.16 petang menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Jabatan Meteorologi sedang memantau keadaan dengan rapi, lapor Bernama.

Di sekitar Lembah Klang, orang ramai kelihatan bergegas keluar daripada pejabat dan bangunan tinggi ekoran gegaran itu.

Agensi berita Reuters melaporkan gempa bumi itu berukuran 7.9 skala Richter dan amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Tsunami Pasifik.

Sementara itu, Jakarta Post melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 5:17 petang tetapi tidak mengakibatkan berlaku sebarang tsunami.

Di Medan, ratusan penduduk keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana bimbang berlaku keruntuhan bangunan ekoran gegaran yang kuat itu.

Manakala Kompas.com pula melaporkan warga Kota Jambi dan sekitarnya juga merasakan goncangan gempa yang berpusat di Pariaman, Sumbar, itu.

Gegaran itu menyebabkan warga Kota Jambi berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri. 

Setakat ini belum ada maklumat mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu yang turut dirasai di kabupaten di Jambi, Bengkulu, dan Aceh.

Sementara itu, Bernama melaporkan, seramai 330 pelajar Malaysia di Padang, umatera dilaporkan selamat selepas kejadian gempa bumi yang berlaku berhampiran andar itu, demikian disahkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Dr Junaidi Abu Bakar berkata 80 peratus daripada pelajar telah berkumpul di lapangan kampus perubatan Universiti Andalas ehingga jam 6.30 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berskala 7.7 Richter
berlaku di selatan Sumatera pukul 6.16 petang menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka.

Sementara itu, Pusat Tsunami Pasifik telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi itu.

0 comments:

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com