Showing posts with label jamuan. Show all posts
Showing posts with label jamuan. Show all posts

Thursday, November 5, 2009

SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI, ENCIK MARZUKI

Selamat menunaikan fardhu haji, semoga mendapat haji mabrur diucapkan kepada Ketua Jurutera, Encik Marzuki Abd. Rahman yang akan berangkat menunaikan fardhu haji bersama-sama dengan isteri pada 15 November 2009.

Sama-samalah kita berdoa semoga beliau dan isteri selamat pergi, dapat beribadat dengan sempurna dan seterusnya selamat kembali ke Tanah Air.

Bagi meraikan pemergian beliau ke Tanah Suci satu majlis jamuan telah diadakan pada 3 November 2009 (Selasa) lalu di pantry tingkat 28. Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri Mohamad turut hadir dan membacakan doa pada majlis tersebut.

Friday, October 9, 2009

JAMUAN HARI RAYA THP MERIAH



Majlis sambutan Hari Raya Idil Fitri THP 2009 yang diadakan pada hari Selasa, 6 Oktober 2009 lalu berlangsung dalam suasana meriah dan muhibah.


Majlis yang diadakan di Hotel Best Western Premier Seri Pacific, KL turut diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej. Gen. (B) Datuk Jamil Khair Baharom, dif-dif kehormat yang lain, pegawai dan anggota Lembaga Tabung Haji, THP, dan jemputan lain yang dianggarkan seramai kira-kira 800 orang.

Untuk melihat gambar-gambar yang dirakamkan pada hari tersebut sila klik di JAMUAN RAYA 2009 di atas.

Thursday, October 8, 2009

Jamuan Hari Raya Tingkat 28


Sempena sambutan Hari Raya Idul Fitri 2009, pada 5 Oktober lalu, pegawai dan anggota yang bertugas di tingkat 28, Bangunan TH Selborn, telah menganjurkan jamuan Hari Raya.


Majlis berlangsung dalam suasana meriah. Berbagai juadah yang enak-enak telah disajikan. Tahniah kepada semua yang terlibat menganjurkan majlis ini. Tahun depan buat lagi.....

Untuk melihat gambar-gambar suasana majlis tersebut SILA KLIK DI SINI


Raden Ke Sarawak, Haji Mhamod "In-Charge" Kalimantan





Mulai 1 Oktober 2009, Pengurus Besar (Penasihat Penanaman) Encik Raden Rosli bin Raden Suhadi dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar Kanan (Operasi) Sabah & Sarawak menggantikan Tuan Haji Mhamod bin Mokhtar yang kini diamanahkan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Truerich Sdn. Bhd. dan Presiden Direktur PT TH FELDA Nusantara yang bertanggungjawab terhadap projek perladangan di Kalimantan, Indonesia.

Satu majlis telah diadakan pada 29 September lalu bagi meraikan kedua-dua pegawai kanan ini yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut, Tuan Haji Zainal menyifatkan kenaikan pangkat mereka berdua adalah merupakan anugerah dan pengiktirafan syarikat kepada pegawai-pegawainya. Menurut beliau, pegawai dan anggota yang menunjukkan kecemerlangan pasti akan diberi ganjaran yang sewajarnya.

Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada Encik Raden yang bakal terbang ke Sarawak dalam sedikit hari lagi.

Syabas dan tahniah kepada Pak Raden dan Haji Mhamood!

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa THP



Pada hari Jumaat lepas (11 September 2009) pihak pengurusan THP telah bermurah hati menganjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk semua anggota di Hotel De' Palma, Ampang.

Turut hadir bagi meraikan tetamu ialah Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin serta beberapa pegawai kanan yang lain.

Gambar-gambar majlis tersebut boleh dilihat DI SINI

Thursday, July 30, 2009

Selamat Hari Jadi Haji Ariff Dan Ir. Haji Ramli



SELAMAT HARI JADI diucapkan kepada Penasihat Penanaman, Tuan Haji Ariff yang menyambut hari jadinya pada 15 Julai lalu (umur dirahsiakan....hehe) dan kepada Ir. Ramli yang menyambut hari jadinya pada 12 Julai lalu...(umur pun rahsia juga....nak tau kena tanya dia sendiri).

Sempena hari jadi mereka satu jamuan telah diadakan pada 29 Julai 2009 di pantry tingkat 28.

Semoga panjang umur dan murah rezeki diucapkan kepada mereka berdua.

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com