Showing posts with label informasi umum. Show all posts
Showing posts with label informasi umum. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

FIND THE MAN IN THE COFFEE BEANS




Doctors have concluded that if you find the man in the coffee beans in 3 seconds, the right half of your brain is better developed than most people.  If you find the man betwee in 3 seconds and 1 minute, the right half of the brain is developed normally.  If you find the man between 1 minute and 3 minutes, then the right half of your brain is functioning slowly and you need to eat more protein.  If you have not found the man after 3 minutes, the advice is to look for more of this type of exercise to make that part of the brain stronger!!! And, yes, the man is really there!!!

Monday, December 28, 2009

Pertukaran Nama-Nama Syarikat di Bawah Kumpulan THP

Adalah dimaklumkan bahawa, anak-anak syarikat dibawah kumpulan TH Plantations Berhad yang terlibat dengan pertukaran nama adalah seperti berikut:-

Bil.
Nama Lama
Nama Baru
Berkuatkuasa
1.
TH Peladang Sdn. Bhd.
THP Ibok Sdn. Bhd.
23 November 2009
2.
Ladang Bangka Ulu Sdn. Bhd.
THP Gemas Sdn. Bhd.
24 November 2009
3.
Ladang Bukit Belian Sdn. Bhd.
THP Bukit Belian Sdn. Bhd.
23 November 2009
4.
Ladang Sawit Bintulu Sdn. Bhd.
THP Kota Bahagia Sdn. Bhd.
24 November 2009
5.
Syarikat Sabaco Sdn. Bhd.
THP Sabaco Sdn. Bhd.
11 Disember 2009

Oleh yang demikian, segala perkara yang menggunakan nama syarikat-syarikat di atas seperti yang terdapat di “letter head”, cop Syarikat, invoice atau apa sahaja yang berkaitan dengan nama Syarikat-Syarikat yang disebutkan di atas, harus menggunakan “FORMAT” nama baru seperti yang ditunjukkan di bawah:-


1) THP IBOK SDN. BHD. (dahulunya dikenali sebagai TH Peladang Sdn. Bhd.) (No. Syarikat 49833-T)

2) THP GEMAS SDN. BHD. (dahulunya dikenali sebagai Ladang Bangka Ulu Sdn. Bhd.) (No. Syarikat 178811-V)

3) THP BUKIT BELIAN SDN. BHD. (dahulunya dikenali sebagai Ladang Bukit Belian Sdn. Bhd.) (No. Syarikat 54056-P)

4) THP KOTA BAHAGIA SDN. BHD. (dahulunya dikenali sebagai Ladang Sawit Bintulu Sdn. Bhd.) (No. Syarikat 413912-H)

5) THP SABACO SDN. BHD. (dahulunya dikenali sebagai Syarikat Sabaco Sdn. Bhd.) (No. Syarikat 35970-K)

Untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pertukaran nama syarikat-syarikat di atas, sila rujuk kepada Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan.

Thursday, December 24, 2009

When you fail to plan you plan to fail! - Year 1431/2010

We are about to close the chapter of 1430 Hijrah and are about to step into the year 1431 Hijrah. Muharram being the first month of the Islamic calendar reminds us of our last year’s deeds and thoughts as well as an outlook into the year to come.

Quoting from Holy Qur'an, a number of us remind ourselves and each other that Allah (SWT) is the best of planners. However, most of us often forget or neglect the importance of planning in our own lives.

Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him and his progeny, himself was a masterful planner, making well-thought out decisions about his personal life as well as the community he established.

We may have a general idea of what we want to accomplish in life and how to go about doing so. But most of the time, we coast along, hoping for the best, working hard but not necessarily in a focused manner. Planning helps us really hone in on what we want and accomplish things which, on the surface, seemed impossible.

For Allah (SWT), nothing is impossible and He values and rewards not just hard work, but focused planning as well. Getting to Jannah requires a plan as well, and it doesn't just involve working hard, but focusing on those things that will help us attain the greatest of all goals.

This week, as we prepare for the coming of the Islamic New Year as well as the Gregorian one, let us put down in writing, whether that’s in a notebook, a page in our calendars, a file in our computers, or on a PDA, a rough plan for the next 12 months.

If you've never done this before, it may seem odd at first. But just start the process and see where it takes you. You'll be surprised at the results!

Allah (SWT) is indeed the best of planners

Wednesday, December 23, 2009

TIPS MENGHALANG JENAYAH

Peringatan dari PDRM



Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

1.  Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2.  Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur
sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3.  Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup
paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4.  Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5.  Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara
lama...).

6.  Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.  Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri
sudah masuk ke dalam rumah.

8.  Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah
anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini
naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9.  Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam
Handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2
anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi
Dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau
kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya
dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil
Anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
Tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock
baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Wednesday, December 9, 2009

MAI BERCUTI DI PULAU PINANG!



Pulau Pinang yang dikenali sebagai Mutiara Timur, merupakan tempat pertembungan eksotik antara yang lama dan baru - sebuah pusat pelabuhan, bandar warisan dan pengkalan industri, dipenuhi pelbagai peristiwa, budaya dan makanan yang lazat!

Tidak jauh dari kesibukan Pulau Mutiara ini, terdapat sebuah kompleks penginapan yang mampu memenuhi keperluan penginapan, seminar, kursus, majlis keraian dan sebagainya.

Cuti persekolahan merupakan saat dan ketika yang terbaik untuk bersama keluarga bercuti di Pulau Pinang. Batu Feringghi, Padang Kota, Butterfly’s Farm, Botanical garden, Gurney’s Drive, Penang Hill, Toy Museum, War Museum, Little India, Masjid Terapung, Masjid Kapitan Keling dan PESTA PULAU PINANG serta banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi.

Banyak berbelanja? Ya, tetapi anda boleh berjimat dengan menginap di Bilik Penginapan Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas. Diskaun yang sangat menarik menanti buat seluruh anggota TH. Sila hubungi petugas kami untuk membuat tempahan.

Jom Pi Penang!...

04-6412286 / 84

Tuesday, December 1, 2009

The RSPO — Supporting rainforest destruction and climate change — Bustar Maitar

NOV 9 — Last week the Roundtable of Sustainable Palm Oil (RSPO) met in Kuala Lumpur to continue its work promoting “sustainable” palm oil. While the RSPO markets itself as the solution to the environmental and social problems of the oil palm industry, it is, in practice, failing in its mission. Once again a number of influential palm oil producers, like Sinar Mas, blocked the introduction of environmental safeguards, this time a Greenhouse Gas (GHG), standard that would dramatically reduce climate emissions by protecting the carbon rich forests and peat lands of Indonesia and Malaysia. Instead, the RSPO agreed to continue talking about developing a standard for another year, whilst the growers carry on with business as usual under the flag of RSPO. Producers are also now only willing to develop a voluntary rather than a mandatory standard, dealing another huge blow to the credibility of the Roundtable.

Major companies buying palm oil, like Unilever and Nestlé, want to rely on the RSPO to tackle the issue of deforestation for palm oil. By committing to purchasing “sustainable” palm oil they hope to disassociate themselves from the problems of this industry. However the theory is not working in practice as they purchase from RSPO members like Sinar Mas who are involved with forest and peat land clearance all over Indonesia.

Such expansion into carbon and wildlife rich forests is taking place at the same time that the Malaysian Palm Oil Association (MPOA) and GAPKI, the Indonesian palm oil association, are aggressively promoting new markets for “sustainable” palm oil. This includes increasingly wild claims that palm oil provides a climate friendly solution to carbon intensive fossil fuels, in transport, biofuels and energy production. This absolutely ignores the massive emissions from deforestation connected to the palm oil and other sectors, which cause about one fifth of global emissions.

Whilst happy to peddle the myth that palm oil as biofuel is good for the climate, the same associations and their member companies are less happy about having to prove their claims. Instead, producers are trying to weaken existing RSPO standards and are successfully blocking the introduction of a strong greenhouse gas standard, a change that in theory would be beneficial for the climate.

The industry associations have been claiming that changes to the RSPO would violate a nation’s sovereign right to clear forests, claiming that proposals are “protectionist” measures to stop the growth of the sector. However the only reason the RSPO has not agreed to a strong greenhouse gas standard is because Indonesian and Malaysian producers are not prepared to stop clearing forests and peatlands. Simply put, it is short-term business interests, not sovereignty that is calling the shots. In this context environmental and social issues go out the window.

Allowing the producers to bully the RSPO in this way completely undermines its credibility and in effect gives RSPO members a licence to continue deforestation and drive climate change. This makes a mockery of RSPO claims to sustainability and thwarts the efforts of companies that are genuinely interested in breaking the link between deforestation and palm oil. Companies like Proctor and Gamble and Unilever cannot claim to support an end to deforestation for palm oil on one hand whilst continuing commercial relationships with companies like Sinar Mas on the other. Now that the RSPO has failed to address the issue of GHG, it is up to consumer companies to demand strict greenhouse gas standards from producers and to end contracts with companies who will not stop deforestation for palm oil.

Bustar Maitar is a Greenpeace Southeast Asia Forest campaigner — bmaitar@greenpeace.org

Wednesday, October 14, 2009

Bahaya menanti di pejabat k'jaan: DOSH

Persekitaran pejabat kerajaan boleh mendedahkan pejawat awam kepada bahaya seperti penggunaan bahan kimia serta kesan biologi dan fizikal, kata Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Mohtar Musri.

Katanya sepanjang tahun lepas, 33 kes telah dilaporkan kepada DOSH melibatkan penyakit paru-paru, jangkitan kuman, alahan pada kulit dan kehilangan pendengaran.

"DOSH percaya masih banyak kemalangan dan masalah kesihatan di tempat kerja yang tidak dilaporkan dan ini memerlukan kesedaran terhadap penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam di Kota Bharu hari ini.

Mohtar berkata DOSH turut mengesan terdapat pejabat kerajaan yang tidak memastikan spesifikasi sistem pencahayaan yang betul sehingga menyebabkan ada pekerja yang mengalami masalah penglihatan.

"Sistem cahaya yang betul di pejabat adalah sekurang-kurangnya sebanyak 300 lux manakala sistem pendingin hawa antara 20 ke 25 darjah Celcius yang jika tidak dipatuhi boleh mempengaruhi kesan kesihatan terhadap pekerja," katanya.

Beliau berkata antara bahaya lain adalah seperti penggunaan bahan kimia pada mesin fotostat dan habuk di pejabat.

"Kakitangan awam yang terpaksa bertugas di lapangan seperti anggota polis dan bomba juga boleh terdedah kepada kemungkinan kecederaan dan kesihatan dan DOSH meminta mereka berhati-hati ketika berada di lapangan itu.

"Kami juga ada menerima aduan oleh kakitangan yang mengadu di tempat kerjanya terlalu bising dan terdedah kepada habuk, dan masalah itu telah diatasi oleh DOSH dan majikan terbabit," katanya.

Mohtar meminta penjawat awam yang khuatir mereka terdedah kepada bahaya supaya berbincang dengan majikan agar masalah itu dapat diatasi segera.

Beliau juga berkata bahawa tahun lepas kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM1.8 juta kepada penjawat awam yang telah disahkan mengalami masalah kesihatan ketika bekerja. BERNAMA

Monday, October 12, 2009

The Power of Good Teamwork


Thursday, October 8, 2009

Tuan Syed Ali dan Khuzae Masuk Wad

Berita yang baru saya terima, Tuan Syed Ali bin Syed Idros dan Encik Mohd Khuzae bin Hassan telah dimasukkan ke wad.


Tuan Syed dimasukkan ke wad di Hospital Tawakkal kerana disyaki demam denggi sementara Khuzae dimasukkan ke Pusrawi kerana disyaki demam denggi dan jangkitan paru-paru.

Sama-samalah kita mendoakan supaya mereka berdua cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Amin......

Thursday, September 10, 2009

PROGRAM TIJARAH RAMADHAN

Program Tijarah Ramadhan bagi segmen PT THIP akan disiarkan pada HARI AHAD, 12 SEPTEMBER 2009 pada pukul 6.00 petang melalui saluran RTM 1.

Program ini antara lain memaparkan tentang kejayaan projek kita di Riau, Indonesia dalam konteks meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat. Turut dipaparkan rakaman temubual dengan CEO kita, ZAZA.

Semoga anda semua jangan ketinggalan menontonnya sambil menunggu waktu berbuka puasa.....

Wednesday, September 9, 2009

Berbuka Puasa Dalam Kapal Terbang

As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ketua persatuan ulamak sedunia telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.

Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender meraka.

As-Syeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan Islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.

Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang  first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka, tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa,tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya.

Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat -tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar.

Akhirnya, Al-Qaradawi telah meminta pesawat Qatar (yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat Arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul-betul selepas terbenamnya matahari.

rujukan :

http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7127&version

Tuesday, September 8, 2009

AWAS! PERAGUT KINI DOK TARGET LADIES DRIVERS



Kepada all ladies drivers berhati-hatilah...sentiasa peka dengan alam sekeliling ketika sedang memandu ...

Panaskan Enjin Kereta .... Perlu Ke?

Oleh: Apanama
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan.

Patik syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu Patik ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap Patik, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian Patik dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk Patik start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa Patik pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk Patik masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa Patik pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bila Patik dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, Patik pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya Patik tak buat. Sebab Patik ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya Patik bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Patik rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun Patik tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.

Thursday, August 13, 2009

Panduan Berguna Untuk H1N1

Berikut email yang saya terima daripada seorang sahabat.
Saya siarkan sepenuhnya tanpa edit atau terjemahkan email dalam Bahasa Inggeris ini:



TO ALL FREINDS


JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

His mom practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she does not have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and he was out of the fever yesterday Wednesday... .she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, No harm in trying and anything can happen!!!!

Monday, August 10, 2009

Sudah 26 Kematian Akibat H1N1 - Peringatan Untuk Kita Semua

Lapan lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 26 di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tujuh kematian melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan sesetengahnya dilaporkan lewat berikutan bedah siasat untuk kajian dan pengesahan punca kematian.

Beliau berkata, satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos," katanya kepada pemberita pada majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di sini hari ini.

Liow berkata, dua daripada kes itu adalah dari Sabah.

Katanya, yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.

Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja.

Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.

Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.

Liow berkata, pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan.

"Setakat ini di Sabah, kes H1N1 yang disahkan ialah 402 kes, dua kematian, tujuh sedang dirawat di hospital di mana seorang dalam ICU, dan tujuh lagi kes ILI, sementara menunggu pengesahan," katanya dan menurutnya, terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi tidak mempunyai butirannya.

Liow berkata, 35 buah sekolah telah ditutup di Sabah akibat wabak H1N1.

RAKYAT TEMPATAN

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sejumlah 202 kes baru H1N1 yang melibatkan jangkitan tempatan dilaporkan hari ini. Kesemua mereka adalah rakyat tempatan, katanya dalam satu kenyataan.

Dr. Mohd Ismail berkata, dengan ini jumlah terkumpul kes H1N1 di Malaysia ialah 1,780 kes.

Beliau turut meminta orang ramai supaya serius mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan iaitu mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi perlu mendapatkan rawatan segera.

Mereka dalam kategori berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, warga tua berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, berpenyakit asma, paruparu kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovascular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, diabetes, obes dan mempunyai daya ketahanan badan yang rendah.

Kumpulan ini akan diberikan rawatan antiviral tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal, dan ianya sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

Dr. Mohd Ismail berkata, maklumat lanjut mengenai H1N1 boleh didapati melalui hotline yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 atau melayari laman web kementerian di http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. BERNAMA

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com