UNTUK MELANGGAN
LAMAN THP ON-LINE
Laman THP on-line ini diterbitkan oleh Unit Projek Khas, Bahagian Perkhidmatan Korporat THP sebagai satu lagi saluran komunikasi warga THP.
Blog ini bersifat santai dan mengandungi berita-berita dan artikel ringkas mengenai apa yang berlaku di THP. Apa-apa yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya merupakan pandangan/pendirian rasmi pihak pengurusan THP.
Sebarang maklumat/cadangan/komen boleh disalurkan kepada mohdzaini@thplantations.com
Category
- aktiviti (5)
- anak syarikat (1)
- anggota (9)
- artikel (4)
- berita (4)
- buletin (1)
- catatan pengarang (3)
- hari jadi (1)
- informasi umum (15)
- jamuan (6)
- kilang (2)
- KPE (2)
- ladang (4)
- lawatan (1)
- majlis (10)
- makluman (7)
- media (2)
- naik pangkat (2)
- OSHA (1)
- pengurusan (6)
- perkahwinan (2)
- persaraan (1)
- resepi (2)
- sajak (1)
- tips keselamatan (1)
Friday, October 9, 2009
MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS THP
Pada 5 Oktober 2009 lalu telah berlangsung mesyuarat pengurus-pengurus THP di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar Zainal Aminuddin telah dihadiri Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Truerich Sdn Bhd/Presiden Direktur PT TH Felda Nusantara Tuah Haji Mhamod Mokhtar, Pengurus Besar Kanan (Kewangan) Encik Azman Shah Ishak, pengurus-pengurus besar, serta semua pengurus Ibu Pejabat, ladang dan kilang dari seluruh negara termasuk dari PTTHIP Riau Indonesia.
Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan ini memberi penekanan terhadap pencapaian sasaran "crop" dan OER yang ditetapkan untuk ladang dan kilang.
KPE turut menekankan setiap pengurus ladang mesti hadir "master" pada setiap pagi dan seterusnya masuk ke kawasan ladang. Mereka berada di pejabat hanya selepas waktu makan tengahari.
Beliau turut menekankan produktiviti ladang dan kilang serta proses penjimatan di mana yang boleh dilakukan.
Posted by
Fdam rasmi
at
10:37 AM
0
comments
Labels: kilang, KPE, ladang, majlis, pengurusan
Tuesday, August 25, 2009
Haji Hassan Rasmi "Pintas Pintar" di SK Bukit Rokan Utara



Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri bin Mohamed telah merasmikan program "Pintas Pintar" di SK Bukit Rokan Utara pada 24 Ogos 2009. Program yang ditaja oleh TH Plantations Berhad ini adalah khusus untuk pelajar-pelajar tahun 6 sekolah tersebut yang sedang dalam persiapan menduduki peperiksaan UPSR.
Berita lanjut akan disiarkan dalam BULETIN THP keluaran Julai-Ogos nanti.
Posted by
Fdam rasmi
at
1:03 AM
0
comments
Sambutan Hari Pekerja Ladang Bukit Rokan di PD
Posted by
Fdam rasmi
at
12:54 AM
0
comments
Sunday, August 23, 2009
Empat Langkah Tingkatkan OER - Haji Hassan Fikri
Bagi meningkatkan nisbah kadar perahan minyak (OER), empat langkah disaran supaya diambil perhatian serious. Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri berkata lima langkah tersebut ialah:
- Hanya menuai tandan yang telah gugur lima biji dan lebih
- Hanya menuai buah yang cukup masak (berwarna oren)
- Tangkai hendaklah dipotong pendek (V shape)
- Buah relai hendaklah dipungut, dibersihkan dan dihantar ke kilang dalam tempoh 24 jam.
Haji Hassan menjelaskan perkara tersebut ketika menyampaikan taklimat kepada Pengurus, penolong pengurus dan konduktor ladang-ladang di Kompleks Kota Bahagia, Pahang pada 18 dan 19 Ogos lalu. Turut serta ialah Ketua Jurutera, Haji Marzuki Abd. Rahman.
Beliau turut menjelaskan bahawa syarikat telah menetapkan kadar OER yang perlu dicapai oleh ladang-ladang di sini iaitu Ladang Kota Bahagia, Ladang Sungai Buan, Ladang Sungai Mengah dan Ladang Sungai Merchong ialah sebanyak 22%.
Haji Hassan dan Haji Marzuki turut masuk ke ladang-ladang dan kilang bagi memantau kerja-kerja tersebut.
Posted by
Fdam rasmi
at
7:59 PM
0
comments
MENU
PERHATIAN KEPADA PENGGUNA
PENGARAH EKSEKUTIF DAN KPE
Dato' Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin

