Showing posts with label pengurusan. Show all posts
Showing posts with label pengurusan. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Tahniah Dato' ZAZA

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantations Berhad, Encik Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato'.

Sehubung dengan itu beliau secara rasminya dikenali dengan gelaran Y.Bhg. Dato' Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin, berkuatkuasa dengan serta-merta.  Bagi kegunaan urusan dalaman singkatan nama beliau ialah DZA.

Semua warga THP dari semua peringkat mengucapkan tahniah kepada beliau.

Friday, October 9, 2009

MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS THP




Pada 5 Oktober 2009 lalu telah berlangsung mesyuarat pengurus-pengurus THP di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar Zainal Aminuddin telah dihadiri Ketua Operasi Dalam Negara, Tuan Haji Hassan Fikri Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Truerich Sdn Bhd/Presiden Direktur PT TH Felda Nusantara Tuah Haji Mhamod Mokhtar, Pengurus Besar Kanan (Kewangan) Encik Azman Shah Ishak, pengurus-pengurus besar, serta semua pengurus Ibu Pejabat, ladang dan kilang dari seluruh negara termasuk dari PTTHIP Riau Indonesia.

Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan ini memberi penekanan terhadap pencapaian sasaran "crop" dan OER yang ditetapkan untuk ladang dan kilang.

KPE turut menekankan setiap pengurus ladang mesti hadir "master" pada setiap pagi dan seterusnya masuk ke kawasan ladang. Mereka berada di pejabat hanya selepas waktu makan tengahari.

Beliau turut menekankan produktiviti ladang dan kilang serta proses penjimatan di mana yang boleh dilakukan.

Thursday, October 8, 2009

Raden Ke Sarawak, Haji Mhamod "In-Charge" Kalimantan





Mulai 1 Oktober 2009, Pengurus Besar (Penasihat Penanaman) Encik Raden Rosli bin Raden Suhadi dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar Kanan (Operasi) Sabah & Sarawak menggantikan Tuan Haji Mhamod bin Mokhtar yang kini diamanahkan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Truerich Sdn. Bhd. dan Presiden Direktur PT TH FELDA Nusantara yang bertanggungjawab terhadap projek perladangan di Kalimantan, Indonesia.

Satu majlis telah diadakan pada 29 September lalu bagi meraikan kedua-dua pegawai kanan ini yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut, Tuan Haji Zainal menyifatkan kenaikan pangkat mereka berdua adalah merupakan anugerah dan pengiktirafan syarikat kepada pegawai-pegawainya. Menurut beliau, pegawai dan anggota yang menunjukkan kecemerlangan pasti akan diberi ganjaran yang sewajarnya.

Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada Encik Raden yang bakal terbang ke Sarawak dalam sedikit hari lagi.

Syabas dan tahniah kepada Pak Raden dan Haji Mhamood!

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Datang Hassni dan Zaidi



Selamat Datang diucapkan kepada Encik Hassni bin Abu Hassan Bashri dan En. Zaidi bin Md. Zin  yang berpindah ke Ibu Pejabat mulai 1 September 2009. Kedua-dua mereka sebelum ini bertugas di PT TH Indo Plantations, Riau, Indonesia

Encik Hassni memegang jawatan baru sebagai Timbalan Pengurus Besar (Keselamatan, Kesihatan, Kualiti dan Penambahbaikan) sementara Encik Zaidi pula dilantik sebagai Jurutera Awam.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Hassni dan Encik Zaidi!

Tuesday, August 4, 2009

Bahagian Kejuruteraan Distruktur Semula

Sebagai salah satu strategi memastikan pencapaian OER Kumpulan melebihi 20.5%, pihak pengurusan memutuskan bahawa berkuatkuasa 1 Ogos 2009, Bahagian Kejuruteraan Dalam Negara dan Bahagian Kejuruteraan Luar Negara disatukan dan dikenali dengan Bahagian Kejuruteraan, diletakkan di bawah Ketua Operasi Dalam Negara.

Pegawai-pegawai yang terlibat dalam penstrukturan semula ini adalah:

Marzuki Abd. Rahman - Dilantik sebagai Ketua Jurutera, bertanggungjawab ke atas semua operasi kilang dan infrastruktur di dalam dan di luar negara. Di dalam negara melapor kepada Ketua Operasi Dalam Negara, untuk operasi luar negara melapor kepada Ketua Operasi Luar Negara/Wakil DIRUT

Ir. Ramli Mohd Tahar - Dilantik sebagai Penasihat Kilang, bertanggungjawab membuat lawatan dan memberi khidmat nasihat kepada semua kilang di dalam negara dan luar negara. Beliau melapor kepada Ketua Jurutera.

Kamar Jamian - Dilantik sebagai Jurutera Projek. Mengendalikan semua projek kilang baru syarikat.

Zaidi Md Zin - Dilantik sebagai Jurutera Awam dan ditempatkan di Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Tugas beliau meliputi kerja-kerja kejuruteraan awam di dalam dan di luar negara.

Tuesday, July 28, 2009

SELAMAT BERSARA DRO, TAHNIAH ZAZA!


Sebagaimana yang kita sama-sama telah maklum, Pengarah Urusan kita, YBhg. Dato' Rashidi bin Omar telah bersara mulai 31 Jun 2009 lalu, dan tempat beliau diambilalih Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin dengan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mulai 1 Julai 2009.

Selamat bersara diucapkan kepada YBhg. Dato' dan tahniah kepada Tuan Haji Zainal.

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com