Oleh: Apanama
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini
Patik syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu Patik ingat mesti bangun awal punya. Semua ini
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap Patik, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?
Berdasarkan pemerhatian Patik dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin.
Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?
Save The Planet.
UNTUK MELANGGAN
LAMAN THP ON-LINE
Laman THP on-line ini diterbitkan oleh Unit Projek Khas, Bahagian Perkhidmatan Korporat THP sebagai satu lagi saluran komunikasi warga THP.
Blog ini bersifat santai dan mengandungi berita-berita dan artikel ringkas mengenai apa yang berlaku di THP. Apa-apa yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya merupakan pandangan/pendirian rasmi pihak pengurusan THP.
Sebarang maklumat/cadangan/komen boleh disalurkan kepada mohdzaini@thplantations.com
Category
- aktiviti (5)
- anak syarikat (1)
- anggota (9)
- artikel (4)
- berita (4)
- buletin (1)
- catatan pengarang (3)
- hari jadi (1)
- informasi umum (15)
- jamuan (6)
- kilang (2)
- KPE (2)
- ladang (4)
- lawatan (1)
- majlis (10)
- makluman (7)
- media (2)
- naik pangkat (2)
- OSHA (1)
- pengurusan (6)
- perkahwinan (2)
- persaraan (1)
- resepi (2)
- sajak (1)
- tips keselamatan (1)
Tuesday, September 8, 2009
Panaskan Enjin Kereta .... Perlu Ke?
Posted by Fdam rasmi at 10:04 AM
Labels: informasi umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENU
PERHATIAN KEPADA PENGGUNA
Untuk membuka blog ini sila gunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Opera. Jangan gunakan Internet Explorer kerana paparannya tidak tepat.
PENGARAH EKSEKUTIF DAN KPE
Jom Sembang-Sembang
Blog Archive
-
▼
2009
(54)
-
▼
September
(13)
- What Have We Gained From Ramadhan?
- BAHAGIAN IT MENANG TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN BOWLIN...
- HARI KELUARGA BHG KEWANGAN THP MERIAH
- INNALILLAH .... HAJI ITHARI MENINGGAL DUNIA
- Majlis Berbuka Puasa THP
- ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
- PROGRAM TIJARAH RAMADHAN
- Islam and Leadership
- Berbuka Puasa Dalam Kapal Terbang
- Majlis Berbuka Puasa THP
- AWAS! PERAGUT KINI DOK TARGET LADIES DRIVERS
- Panaskan Enjin Kereta .... Perlu Ke?
- Selamat Datang Hassni dan Zaidi
-
▼
September
(13)
Akhbar On-line
Laman Web Rasmi
Laman THP Online diterbitkan oleh Unit Projek Khas, Bahagian Perkhidmatan Korporat, TH Plantations Berhad
0 comments:
Post a Comment