Tuesday, August 4, 2009

Sabri Dirawat Di Hospital Sungai Buluh

Kerani di Bahagian Perkhidmatan Korporat, Norsabri bin Hj Abd Karim telah menjalani pembedahan di bahagian hidung dan kini berada di Hospital Sungai Buluh. Menurut maklumat, beliau terpaksa menjalani pembedahan tersebut di Hospital Sungai Buluh kerana PUSRAWI dan Tawakkal penuh..... maklumat lanjut boleh bertanya dengan Salwa Darus.

Sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh....

Bahagian Kejuruteraan Distruktur Semula

Sebagai salah satu strategi memastikan pencapaian OER Kumpulan melebihi 20.5%, pihak pengurusan memutuskan bahawa berkuatkuasa 1 Ogos 2009, Bahagian Kejuruteraan Dalam Negara dan Bahagian Kejuruteraan Luar Negara disatukan dan dikenali dengan Bahagian Kejuruteraan, diletakkan di bawah Ketua Operasi Dalam Negara.

Pegawai-pegawai yang terlibat dalam penstrukturan semula ini adalah:

Marzuki Abd. Rahman - Dilantik sebagai Ketua Jurutera, bertanggungjawab ke atas semua operasi kilang dan infrastruktur di dalam dan di luar negara. Di dalam negara melapor kepada Ketua Operasi Dalam Negara, untuk operasi luar negara melapor kepada Ketua Operasi Luar Negara/Wakil DIRUT

Ir. Ramli Mohd Tahar - Dilantik sebagai Penasihat Kilang, bertanggungjawab membuat lawatan dan memberi khidmat nasihat kepada semua kilang di dalam negara dan luar negara. Beliau melapor kepada Ketua Jurutera.

Kamar Jamian - Dilantik sebagai Jurutera Projek. Mengendalikan semua projek kilang baru syarikat.

Zaidi Md Zin - Dilantik sebagai Jurutera Awam dan ditempatkan di Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Tugas beliau meliputi kerja-kerja kejuruteraan awam di dalam dan di luar negara.

Monday, August 3, 2009

Resepi Bulan Puasa

Yang ini tak kena mengenai dengan THP....posting kali ni adalah resepi untuk juadah berbuka puasa nanti. Kalau sesiapa yang ingin mencuba silakanlah....tapi kalau tak menjadi jangan marah haaaaaa......

Resipi Hari Ini - Mee Rebus Asli

Bahan-bahan A:
Keledek putih 1-2 kilo direbus dan dikisar halus
Udang kering 300 grm
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
4 sudu besar serbuk Ketumbar
2 sudu besar serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cili blender agak2 dalam 2 senduk
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih
Gula/garam secukup rasa
Air agak2..kuahnya kena sedang2 pekatnya.

Bahan-bahan B:
Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik
Cili hijau dihiris bulat2
Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur
Taugeh dicelur- jgn sampai layu
Bawang goreng - buat sendiri lagi sodap..
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur Rebus

Cara-cara memasak kuah:
1. Kisar halus keledek + air.
2. Kisar halus udang kering + B. Merah + B. putih.
3. Tumis kulit kayu manis/cengkih/ b.lawang, masukkan udang kering yg dikisar + bawang tadi sampai garing.
4. Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi.
5. Masukkan cili blender, sampai garing.
6. Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati.
7. Masukkan air.
8. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa .

Cara menghidang:
Ambil mee yg dicelur tadi, masukkan kuah, taburkan daun bawang, cili hijau, bawang goreng, taugeh, tauhu & telur

Sekian, selamat mencuba ....kalau sesiapa ada resepi yang ingin dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain silalah kirimkan kepada saya....

Perlantikan Anggota THP Baru

Sepanjang bulan Januari hingga Julai 2009 seramai 51 orang anggota baru telah dilantik menjawat pelbagai jawatan di THP.

Senarai nama-nama anggota baru tersebut boleh di lihat di sini:

SENARAI ANGGOTA BARU SILA KLIK DI SINI

Kenaikan Pangkat

Sepanjang bulan Januari hingga Julai yang lalu, seramai 16 orang pegawai dan angota THP telah dinaikkan pangkat masing-masing. Mengetuai senarai adalaH TUAN HAJI ZAINAL AZWAR BIN ZAINAL AMINUDDIN, yang diamanahkan memimpin THP mulai 1 Julai lalu bagi menggantikan YBhg. Dato' Rashidi bin Omar yang bersara mulai 31 Jun 2009. Tuan Haji Zainal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE).

Lain-lain kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

Othman bin Somadi
Pengurus Besar Pemasaran, mulai 1 Januari 2009

Rosnita binti Kamal Din
Pengurus (Perkhidmatan Korporat), mulai 1 Januari 2009

Roslinda binti Shuaib @ Ismail
Penolong Pengurus (IT), mulai 1 Januari 2009

Jamaluddin b Hanafiah
Pengurus Kanan (Audit,) mulai 1 Januari 2009

Mat Fauzi b Yaakob
Penolong Pengurus Rendah Ladang Mamahat, mulai 1 Januari 2009

Jalaluddin b Shukri
Penolong Pengurus Kanan Ladang Tg. Lilin, mulai 1 Januari 2009

Mustaming b Abu
Penolong Pengurus Kanan Ladang Sg. Merchong, mulai 1 Januari 2009

Syed Nidzamuddin b Syed Nordin
Penolong Pengurus Rendah Stesen R&D Pusa, mulai 15 Januari 2009

Nor Hasrin b Musa
Pengurus Ladang Bukit Belian, mulai 1 April 2009

Girman b Hj Sirah
Pengurus Ladang Semarang, mulai 1 Jun 2009

Kurdus b Tam
Penolong Pengurus Kanan (Akaun) Pejabat Operasi Sarawak mulai 15 Julai 2009

Kamaruddin b Hashim
Penolong Pengurus Rendah (Akaun) Kompleks Kota Bahagia dan ditempatkan di Ladang Kota Bahagia, mulai 15 Julai 2009

Khaifullizan b Khalid
Penolong Pengurus Rendah (Akaun) Kompleks Sandakan dan ditempatkan di Ladang Mamahat, mulai 15 Julai 2009

Azman b Mokhtar
Penolong Pengurus Rendah (Akaun) Pejabat Operasi Sarawak mulai 15 Julai 2009

Salmi b Hassanuddin
Penolong Pengurus Rendah (Akaun) Kompleks Terengganu dan ditempatkan di Ladang Ulu Chukai mulai 15 Julai 2009

Selamat Pengantin Baru

SELAMAT PENGANTIN BARU, HINGGA KEKAL KE ANAK CUCU ..... diucapkan kepada dua orang anggota yang beru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

KAMARUL LIYANA BT KAMARUDIN, Pembantu Peribadi di Ibu Pejabat telah melangsungkan perkahwinan dengan MUSAMSUHAIDI B IBRAHIM, pada 7 Jun 2009.

MOHD FAHMY B HJ MAHMUD, Penolong Pengurus Percubaan, Ladang Semarang, Pusa, Sarawak telah melangsungkan perkahwinan dengan IDA SUSILAWATI BT MASDUKI, pada 20 Jun 2009.

Diharap mereka berdua dapat mengirimkan gambar majlis perkahwinan untuk disiarkan di blog ini untuk tatapan rakan-rakan.

Saturday, August 1, 2009

Buletin THP format pdf (e-Buletin THP)

Tuan/puan boleh mendapatkan salinan Buletin THP dalam format pdf dengan cara muat turun dari blog ini.

Bagi Buletin keluaran terdahulu, boleh didapati di tab "Arkib Buletin" sementara Buletin keluaran terbaru boleh didapati di sidebar sebelah kiri blog ini.

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com