Thursday, September 17, 2009

INNALILLAH .... HAJI ITHARI MENINGGAL DUNIA

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Ithari bin Othman, Pengurus Besar Kewangan, TH Travel Services, telah kembali kerahmatullah pada malam tadi (16 Sept. 2009), di Hospital Ampang Puteri.

Diberitakan beliau mengadu sesak nafas dan sakit dada selepas berbuka, dan terus dikejarkan ke hospital berkenaan. Doktor telah mengesan paru-paru Allahyarham berair, dan turut juga mengalami masalah jantung. Doktor telah berjaya membuat 1st treatment, iaitu mengeluarkan air dari paru-paru. Namun sebelum sempat doktor melakukan 2nd treatment, Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Pagi ini jenazah Allahyarham yang diletakkan di rumah biras beliau di Jalan 14/27A, Seksyen 5, Wangsa Maju telah diziarahi sanak saudara, sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan dari THTS, Lembaga Tabung Haji dan anak-anak syarikat yang lain. Jenazah telah dikapankan dan disembahyangkan di sini sebelum dibawa ke Masjid Kelang Gate untuk disembahyangkan sekali lagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kelang Gate. 

Semoga roh Alahyarham dicucuri rahmat Allah s.w.t. AL-FATIHAH ....

0 comments:

Template by : mercusuar freetemplate-1st.blogspot.com