UNTUK MELANGGAN
LAMAN THP ON-LINE
Laman THP on-line ini diterbitkan oleh Unit Projek Khas, Bahagian Perkhidmatan Korporat THP sebagai satu lagi saluran komunikasi warga THP.
Blog ini bersifat santai dan mengandungi berita-berita dan artikel ringkas mengenai apa yang berlaku di THP. Apa-apa yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya merupakan pandangan/pendirian rasmi pihak pengurusan THP.
Sebarang maklumat/cadangan/komen boleh disalurkan kepada mohdzaini@thplantations.com
Category
- aktiviti (5)
- anak syarikat (1)
- anggota (9)
- artikel (4)
- berita (4)
- buletin (1)
- catatan pengarang (3)
- hari jadi (1)
- informasi umum (15)
- jamuan (6)
- kilang (2)
- KPE (2)
- ladang (4)
- lawatan (1)
- majlis (10)
- makluman (7)
- media (2)
- naik pangkat (2)
- OSHA (1)
- pengurusan (6)
- perkahwinan (2)
- persaraan (1)
- resepi (2)
- sajak (1)
- tips keselamatan (1)
Wednesday, September 30, 2009
What Have We Gained From Ramadhan?
Posted by Fdam rasmi at 9:26 AM 0 comments
Labels: artikel
Tuesday, September 29, 2009
BAHAGIAN IT MENANG TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN BOWLING POIS (HP)
Bahagian Teknologi Maklumat (IT) THP telah menyertai pertandingan bowling anjuran Hewlett-Packard (HP) dan Pengedar Bertauliah yang diadakan pada 18 Ogos 2009 lalu bertempat di Bukit Kiara Bowling Centre.
Posted by Fdam rasmi at 1:41 PM 1 comments
HARI KELUARGA BHG KEWANGAN THP MERIAH
Posted by Fdam rasmi at 8:55 AM 0 comments
Thursday, September 17, 2009
INNALILLAH .... HAJI ITHARI MENINGGAL DUNIA
Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Ithari bin Othman, Pengurus Besar Kewangan, TH Travel Services, telah kembali kerahmatullah pada malam tadi (16 Sept. 2009), di Hospital Ampang Puteri.
Diberitakan beliau mengadu sesak nafas dan sakit dada selepas berbuka, dan terus dikejarkan ke hospital berkenaan. Doktor telah mengesan paru-paru Allahyarham berair, dan turut juga mengalami masalah jantung. Doktor telah berjaya membuat 1st treatment, iaitu mengeluarkan air dari paru-paru. Namun sebelum sempat doktor melakukan 2nd treatment, Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir.
Pagi ini jenazah Allahyarham yang diletakkan di rumah biras beliau di Jalan 14/27A, Seksyen 5, Wangsa Maju telah diziarahi sanak saudara, sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan dari THTS, Lembaga Tabung Haji dan anak-anak syarikat yang lain. Jenazah telah dikapankan dan disembahyangkan di sini sebelum dibawa ke Masjid Kelang Gate untuk disembahyangkan sekali lagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kelang Gate.
Semoga roh Alahyarham dicucuri rahmat Allah s.w.t. AL-FATIHAH ....
Posted by Fdam rasmi at 12:00 PM 0 comments
Labels: makluman
Tuesday, September 15, 2009
Majlis Berbuka Puasa THP
Pada hari Jumaat lepas (11 September 2009) pihak pengurusan THP telah bermurah hati menganjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk semua anggota di Hotel De' Palma, Ampang.
Turut hadir bagi meraikan tetamu ialah Ketua Pegawai Eksekutif THP, Tuan Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin serta beberapa pegawai kanan yang lain.
Gambar-gambar majlis tersebut boleh dilihat DI SINI
Posted by Fdam rasmi at 12:01 PM 0 comments
Labels: jamuan
Thursday, September 10, 2009
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
PROGRAM TIJARAH RAMADHAN
Program Tijarah Ramadhan bagi segmen PT THIP akan disiarkan pada HARI AHAD, 12 SEPTEMBER 2009 pada pukul 6.00 petang melalui saluran RTM 1.
Program ini antara lain memaparkan tentang kejayaan projek kita di Riau, Indonesia dalam konteks meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat. Turut dipaparkan rakaman temubual dengan CEO kita, ZAZA.
Semoga anda semua jangan ketinggalan menontonnya sambil menunggu waktu berbuka puasa.....
Posted by Fdam rasmi at 3:48 PM 0 comments
Labels: informasi umum, media
Islam and Leadership
- Adapting to change
- Not taking credit for the colleague's work
- Learning to appreciate and recognizing other members presence
- Treating everyone with respect and dignity
- Not involving the issues that are not significant to team's values
- Meeting the targets or keeping the deadlines
- Being a good communicator (special reference to listening skills)
- Cooperating with others in the team
- Sharing the information and knowledge that benefits all in a team
Posted by Fdam rasmi at 11:21 AM 0 comments
Labels: artikel
Wednesday, September 9, 2009
Berbuka Puasa Dalam Kapal Terbang
As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ketua persatuan ulamak sedunia telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.
Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.
Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender meraka.
As-Syeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan Islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.
Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka, tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa,tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya.
Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat -tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar.
Akhirnya, Al-Qaradawi telah meminta pesawat Qatar (yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat Arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul-betul selepas terbenamnya matahari.
rujukan :
http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7127&version
Posted by Fdam rasmi at 10:50 AM 0 comments
Labels: informasi umum
Tuesday, September 8, 2009
Majlis Berbuka Puasa THP
Pengurusan THP akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 11 September 2009 di Hotel De Palma, Ampang.
AWAS! PERAGUT KINI DOK TARGET LADIES DRIVERS
Kepada all ladies drivers berhati-hatilah...sentiasa peka dengan alam sekeliling ketika sedang memandu ...
Posted by Fdam rasmi at 10:38 AM 0 comments
Labels: informasi umum
Panaskan Enjin Kereta .... Perlu Ke?
Oleh: Apanama
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini
Patik syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu Patik ingat mesti bangun awal punya. Semua ini
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap Patik, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?
Berdasarkan pemerhatian Patik dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin.
Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?
Save The Planet.
Posted by Fdam rasmi at 10:04 AM 0 comments
Labels: informasi umum
Tuesday, September 1, 2009
Selamat Datang Hassni dan Zaidi
Selamat Datang diucapkan kepada Encik Hassni bin Abu Hassan Bashri dan En. Zaidi bin Md. Zin yang berpindah ke Ibu Pejabat mulai 1 September 2009. Kedua-dua mereka sebelum ini bertugas di PT TH Indo Plantations, Riau, Indonesia
Encik Hassni memegang jawatan baru sebagai Timbalan Pengurus Besar (Keselamatan, Kesihatan, Kualiti dan Penambahbaikan) sementara Encik Zaidi pula dilantik sebagai Jurutera Awam.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Hassni dan Encik Zaidi!
Posted by Fdam rasmi at 4:54 PM 1 comments
Labels: makluman, pengurusan
MENU
PERHATIAN KEPADA PENGGUNA
PENGARAH EKSEKUTIF DAN KPE
Jom Sembang-Sembang
Blog Archive
-
▼
2009
(54)
-
▼
September
(13)
- What Have We Gained From Ramadhan?
- BAHAGIAN IT MENANG TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN BOWLIN...
- HARI KELUARGA BHG KEWANGAN THP MERIAH
- INNALILLAH .... HAJI ITHARI MENINGGAL DUNIA
- Majlis Berbuka Puasa THP
- ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
- PROGRAM TIJARAH RAMADHAN
- Islam and Leadership
- Berbuka Puasa Dalam Kapal Terbang
- Majlis Berbuka Puasa THP
- AWAS! PERAGUT KINI DOK TARGET LADIES DRIVERS
- Panaskan Enjin Kereta .... Perlu Ke?
- Selamat Datang Hassni dan Zaidi
-
▼
September
(13)